M I S I – K I T A Sharing the vision

11Sep/092

Jawapan Kepada Atheist

bar_atheist

Oleh Megat Taufiq Megat A. Rahman

Semasa pertama kali jejak di tanah asing a.k.a Australia 5 tahun lepas, kepala sedikit celaru dan perasaan bercampur-baur disebabkan tak tahu apa yang bakal diexpect daripada negeri omputih nih. Pada waktu tu, saya hanya dapat menggambarkan budaya omputih nih berdasarkan rancangan2 TV kat Malaysia aje. Mana taknya, memang majoriti cerita2 kat TV malaysia diimport dr negara omputih utk meng'omputih'kan kita. Saya tak lari dari di'omputih'kan. Tapi itu bukan tajuk yang nak saya katakan kali ni. Dalam beberapa bulan berada disini, barulah saya dapat sesuaikan dengan bahasa, kebiasaan dan budaya negeri nih.

Agama yang semakin hilang

Semasa orientation 3 bulan kami disini, kami diberi peluang utk turut serta dalam satu congregation Kristian di gereja besar Newcastle. Gerejanya memang cantik terletak di atas bukit, macam istana lama di zaman Eropah. Kami berlima belas duduk di kerusi barisan belakang sekali, hanya memerhati upacara yang lebih kurang penting dalam agama Kristian ini. Kebanyakan yang hadir adalah org2 tua, dan sorang dua orang kurang tua. Dalam khusuk saya memerhati upacara tu, tiba2 ada seorang makcik omputih yang dok berdekatan menyapa: "Assalamualaikum". Terkejut beruk bile dengar mat salleh bagi salam. Bila masa orang kristian dah guna assalamualaikum? "Apa khabar?" makcik tu tanya. Kagum jadinya saya makcik omputih nih cakap melayu. Lepas kami borak2, rupa2nya dia pernah dok homestay di Kelantan selama setahun rasanya. Dan kemudian kami bertanyakan byk ttg upacara itu.

Itulah pertama kalinya berkenalan dengan agama negeri omputih ini. As time goes by, saya mempelajari bahawa agama adalah sesuatu perkara yang usang di negeri ini. Kebanyakan mereka sudah tidak mempercayai lagi ajaran ibu bapa mereka dan menggunakan intelek akal bagi menyangkal bawah agama adalah non-sense. Tanya sahaja 'tute mate' kita dan kebanyakan mengaku mereka tak percaya pada tuhan lagi, samada disebabkan ibubapa mereka taklid buta terhadap ajaran kristian tanpa sebarang ilmu, atau ibubapa mereka sendiri yang sudah tidak percaya pada tuhan. Jadi, berleluasalah free thinker di negeri ini tanpa sebarang batas dan sempadan.

Aneh

Secara umumnya, omputih di sini memang peramah. Sebagai muslim yang belajar di negari omputih ni,  tak dapat tidak, anda akan mendapat renungan mata yang aneh dan omputih yang sentiasa pelik dengan keanehan ajaran Islam yang dipraktikkan disini. Kita menjadi aneh di negeri omputih. Bukannya sebab kami barkaki lapan, atau bermata satu, tapi sebab kami solat, pakai songkok dan berkain pelekat =) kepelikan org2 nih bertambah bila melihat sister memakai hijab. Bagi orang yang yakin dengan ketidakwujudan tuhan nih, menganggap mereka ditindas dan hidup tidak bebas dikongkong oleh agama. Segelintir pula membaling telur dan guna bahasa kesat pada sister2 ini. Itu adalah reaksi yang mungkin dijangka, disebabkan mereka tidak diberi peluang untuk berdialog dengan orang Islam.

Soalan provokasi

Bila dah dapat peluang berdialog, Nah! cuba jawab soalan2 ini:

"How do you know that god exist?",

"How do you know Islam is the true religion?",

"How do you know Muhammad is the prophet?",

"why Muslim women need to wear hijab?",

"Why they cannot have 4 husbands, while men can have 4 wives?".

Inilah soalan yang ditanya oleh atheist dan kadang2 oleh saudara seMuslim kita. Terkinja bin terkinjit nak menjawab soalan2 nih. Terkadang cara mereka bertanya sehingga membuatkan kita terperangkap dengan soalan2 mereka. Terpaksa cakap pada mereka "We'll get back to you". Malangnya, jawapan yang diberi sering kali tak memadai dan kurang alim berkenaan hujah2 yang sepatutnya disampaikan. Pointnya ada, tapi hujahnya merapu kerana tak tahu nak jelaskan macam mana. Tambahan kene translate dalam bahasa inggeris, bertambah lintang pukang jawabnya. Bagi muslim yang lahir2 menjadi muslim, persoalan2 ini mungkin tidak pernah terlintas pun. Kebanyakan kita hanya taklid buta sebagaimana ibubapa atheist tadi. Tapi apabila ditanya soalan2 seperti ini, baru termangu. Perkara seperti itu akan membawa padah. Sepatutnya kita bersiap-sedia dengan senjata hujah di mana sahaja kita berada.

Islam tertegak daripada keyakinan yang datang daripada ilmu yang Haq. Islam tidak menyuruh kita bertaqlid buta. Bahkan dengan hanya bertaqlid, kesesatan akan mudah terjadi dan perpecahan meluas.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". (2:170)

Dalam ayat al-baqarah ini, Allah menempelak golongan yang bertaqlid tanpa ilmu. Oleh itu amat perlu bagi kita persiapkan diri dengan Ilmu Allah. Jika tidak, kita terikut goyah dengan soalan2 yang ditembak oleh golongan atheist ini. Rujuk pada link ini untuk membezakan golongan yang mengikut dengan ilmu (i'tiba') dengan golongan taklid (taqlid).

A little knowledge of science makes man an atheist, but an in-depth study of science makes him a believer in God - Francis Bacon

Saya tidak berniat untuk menunjukkan atau mengajar bagaimana untuk menjawab persoalan2 ini. Tapi langkah2 yang perlu dilakukan sebelum menjawab persoalan ini, Pertama: Ia memerlukan pemahaman berkenaan dasar-dasar tauhid yang kita imani. Jadi perlu kepada pembacaan, perbincangan e.g halaqah, pertanyaan kepada yang alim. Kedua: Mengetahui dalil2 dan hujah yang wajar dikemukan. Ketiga: Perlunya kepada teknik meng'ayat' dengan berhikmah dan meyakinkan. Point yang mantap tetapi penjelasan yang lemah tidak mampu untuk meyakinkan yang haq. Sayang seribu sayang.

Ayuh! Lengkapkan diri kita

Jadi, sama2 kita membekalkan diri kita dengan kelengkapan2 ini kerana ia bakal digunakan dimana sahaja bumi dipijak. Pasti pada suatu masa, akan ada manusia yang bertanya tentang apakah basis keyakinan anda terhadap agama yang anda anuti. Pada ketika itu anda boleh tersenyum dan membimbing atheist itu keluar daripada gelap jahiliah kepada cahaya Islam. Biiznillah.

Reference

1. Proving the Existence of Allah to an Atheist

2. Logical Prove of Islam's truth

About M.Taufiq

No description. Please complete your profile.
Filed under: Misi kita Leave a comment
Comments (2) Trackbacks (0)
  1. Memang betul ramai umat islam hari ini, bukan sahaja di Malaysia tetapi seantero dunia yang “islam” hanya pada nama…ibarat warisan dan pusaka yang dijunjung dari nenek moyang kita…. moga cahaya keimanan itu dilimpahkan kepada hamba-hambanya….

    Cahaya keimanan itu ketentuanNYA… Kadang-kadang sukar rasanya bila cahaya keimanan itu diberi pada si kecil, bagaimana kemampuannya untuk membimbing yang lebih tua…. tapi itulah kuasa ALLAH.. Sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA…wallahualam

  2. i agree with u merpatidesa but we all muslim responsible to change this scenario…
    let’s all muslim improve n strengthen our knowledge about Islam n able to be at least like sheikh ahmed deddat, dr.zakir nair r better than them will be more good…Insyaallah..


Leave a comment


No trackbacks yet.

Status

Taqwa!
Jadilah sembunyi kamu lebih baik daripada zahir kamu.

Kalendar

September 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Recent Posts

Kategori