M I S I – K I T A Sharing the vision

4Oct/092

Kesilapan menumbuhkan mata

Oleh Megat Taufiq Megat A. Rahman

Ia memerlukan seseorang itu untuk melakukan kesilapan sebelum ia belajar untuk kembali kepada jalan yang benar. Seseorang itu mungkin menyimpang daripada jalan ke destinasinya yang sepatutnya. Ini kerana, ia ingin mengintai apakah yang yang terdapat di jalan-jalan yang lain itu. Pelbagai rahsia dan mungkinkah mutiara yang ada disana, yang boleh menceriakan dan memberi kepuasan hati. Pendeknya akal kerana tidak melihat masa sebagai suatu perkara yang kritikal dalam sesuatu perjalanan. Tahunya dia, perjalan itu bakal berakhir di sebuah destinasi, tetapi kabur sebentar kerana ingin melihat apakah dihujung simpang sana pula.

Setelah tahu ia tidak memberi apa-apa, berpatah balik ke jalan utama untuk meneruskan perjalanan. Persoalannya, adakah perjalanan setelah kembalinya ia ke jalan utama ini diiringi dengan sekali lagi harapan untuk menyimpang buat kali kedua, bagi melihat apakah pula yang ada di hujung simpang sana pula. Atau adakah cukup baginya setelah melihat simpang yang ini tidak memberinya apa2, maka tidak berbaloi bagi dirinya untuk membuang masa bagi melihat apakah yang ada di hujung simpang2 yang lain. Jika yang pertama, maka, kehidupan perjalanan itu bagaikan judi yang menaruhkan masa, tenaga dan jiwa. Jika terdapat pn kepuasan yang diberikan, destinasi yang akhir itu perlu ditujui akhirnya dan masa semakin hampir kepada pengakhirannya. Jika yang kedua yang dipilih, maka ia telah memilih penyimpangannya itu sebagai kesilapan yang memberi pengajaran.

"Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama" - Riwayat Abu Hurairah ra.

Tersedar daripada kesilapan menjadikan perjalanan lebih segar dan refresh. Membuka matanya dengan seluasnya dan sering memerhatikan jalan di hadapan. Kesilapannya menumbuhkan satu lagi mata, iaitu untuk mengenal pasti dan menutup jalan2 penyimpangan yang dulu menelan kehidupannya.

Perjalanan menuju kepada yang hakiki itu berbatu2 dan punyai kerenahnya tersendiri. Kesilapan itu adalah suatu proses pelajaran yang mengukuhkan.

Ada pun begitu, bagi orang yang bersimpang siur, sesat sebentar dan kemudian tersentak untuk kembali kepada tujuan asal, maka kesesatan sebentarnya itu telah menambahkan pengalamannya dalam mengharungi perjalanan menuju tujuannya. Kesilapan itu menjadikannya lebih berhati-hati dan matang untuk membuat keputusan setelah dirinya sendiri merasai kepenatan sesat dan silap itu.

Kesilapan dalam menentukan arah tujuan hidup merupakan suatu yang memberi implikasi yang sangat buruk. Tetapi, andai kata kesilapan itu hanya disebabkan kabur sebentar destinasi kita, sesungguhnya rahmat dan ampunan Allah itu amat luas.

Jadi belajarlah! tiada manfaat yang diperoleh dari simpang lain itu. Oleh itu, kembalilah semula ke jalan utama dengan semangat yang segar.

"Tunjukilah kami jalan yang lurus. ( yaitu ) Jalan orang - orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat." - Al-Quran 1:6-7

About M.Taufiq

No description. Please complete your profile.
Filed under: Misi kita Leave a comment
Comments (2) Trackbacks (0)
  1. beautiful reminder bro..
    it’s the job of the front-line people to tell those coming after them not to take those simpangs yang membawa pada jalan mati..
    tp manusia mungkin sukar nak percaya dengan kata2 unless mereka sndr merasai sndr..mungkin inilah penyebab lambatnya datang kemenangan Allah..
    mungkin solusinya pada kaedah meyakinkan mereka dengan berkesan supaya kesilapan2 boleh dikurangkan dan lebih ramai bergerak lurus ke destinasi..
    is life really about experimenting and trial-erroring or is there a definite lay out of steps that we have to follow to reach our destined destination..wallahu a’lam..but i prefer the latter..

  2. Kesilapan juga menjadikan manusia itu sedar bahawa kita hanyalah hamba ALLAH yang x pernah terlepas dari melakukan kesedaran dan melalui kesilapan kita akan belajar tentang erti kehidupan. Kesilapan juga menjadikan manusia itu jauh dari bongkak dan riak. Pastinya selepas tersedar dari kesilapan, haruslah ada penyesalan dan taubat, ambil iktibar dan pengajaran. Kalau tidak kita akan terus melakukan leka melakukan kesilapan demi kesilapan.


Leave a comment


No trackbacks yet.

Status

Taqwa!
Jadilah sembunyi kamu lebih baik daripada zahir kamu.

Kalendar

September 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Recent Posts

Kategori