Tazkirah #2

Hidayah yang sedikit, ra'yu (fikiran) yang rusak, kebenaran yang tersembunyi, hati yang bobrok, ingatan yang lemah, waktu yang terbuang sia-sia, makhluk yang menjauhinya, takut berhubungan dengan Rabbnya, doa yang tidak dimakbulkan, hati yang keras, rizki dan umur yang tidak berbarokah, terhalangi dari ilmu, diliputi kehinaan, direndahkan oleh musuh, dada yang sempit, mendapatkan teman-teman jahat yang merusak hati dan membuang-buang waktu, kesedihan dan kegundahan yang panjang, kehidupan yang menyesakkan dan pikiran yang kacau semua itu merupakan buah kemaksiatan dan akibat kelalaian dari dzikrullah, seperti halnya tertumbuhan subur dengan air dan kebakaran bermula dari sepercik api. Begitupun sebaliknya, semua kebalikan dari hal-hal tersebut di atas merupakan buah dari ketaatan
Dari Al-Fawaid, Ibnul Qayim, hal 43.
Bencana alam
Surah Al-An'am: 61-67
61
Kesilapan menumbuhkan mata
Oleh Megat Taufiq Megat A. Rahman
Ia memerlukan seseorang itu untuk melakukan kesilapan sebelum ia belajar untuk kembali kepada jalan yang benar. Seseorang itu mungkin menyimpang daripada jalan ke destinasinya yang sepatutnya. Ini kerana, ia ingin mengintai apakah yang yang terdapat di jalan-jalan yang lain itu. Pelbagai rahsia dan mungkinkah mutiara yang ada disana, yang boleh menceriakan dan memberi kepuasan hati. Pendeknya akal kerana tidak melihat masa sebagai suatu perkara yang kritikal dalam sesuatu perjalanan. Tahunya dia, perjalan itu bakal berakhir di sebuah destinasi, tetapi kabur sebentar kerana ingin melihat apakah dihujung simpang sana pula.